Monday, October 29, 2007

Saturday, October 27, 2007

PErjuangan TUnku dan Onn.


Perjuangan Tunku dan Dato'Onn menuntut kemerdekaan diceritakan dalam filem 1957 Hati Malaya yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.


1.Perjuangan yang bermula daripada bangkitnya semangat bersatu padu yang digesa Dato'Onn terhadap semua kaum di tanah melayu berakhir dengan kejayaan teraju UMNO selepas Dato'Onn merajuk dan meninggalkan parti,iaitu Tunku Abdul Rahman.


2.Tunku diminta menggantikan kerusi Dato'Onn sebagai Yang Dipertua UMNO selepas Dato'Onn merajuk kerana dituduh oleh orang-orang melayu sebagai pengkhianat perjuangan parti.Dalam filem ini,diceritakan bahawa beliau telah dua kali merajuk sehingga keputusan kedua terakhirnya itu diterima oleh semua penyokongnya walaupun terpaksa.


3.Perjuangan UMNO telah terbahagi kepada dua kumpulan.Sebelah pihak menyokong Tunku dan sebelah pihak lagi menjadi penyokong setia pengasas parti iaitu Dato'Onn.Tunku telah mengalami kebangkitan semula apabila dia mula berjaya mengambil hati semua kaum di Tanah Melayu untuk menyokong parti perikatan atas dasar berusaha untuk berkerajaan sendiri.Semua rakyat Tanah Melayu akhirnya bergabung dalam perikatan dan memenangi pilihan raya dan seterusnya berusaha bersama perjuangan Tunku dan angkatan parti perikatan ke London menuntut kemerdekaan.

Perjuangan Tunku dan Dato'Onn diceritakan melalui filem ini dengan banyak fakta-fakta yang ramai tidak ketahui sebelum ini ataupun fakta tersebut tidak terdapat di dalam buku-buku teks sejarah sekolah.Filem ini boleh dijadikan rujukan oleh semua pelajar yang ingin mengetahui lebih mendalam lagi bagaimana perjuangan dua tokoh ini bermula sehingga berjaya.


4.Walaupun filem ini tidak ditayangkan semasa bulan kemerdekaan,masih mampu membuatkan penulis basah mata dari awal permulaan penceritaan sehingga penghujung filem.Amat bersemangat apabila kita seperti mengalami sendiri perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu kita dahulu yang berjuang.Telah menjadikan diri si penulis kini lebih cintakan negara dan patriotik.


5.Watak Tunku dan Dato'Onn yang dibawa oleh dua "bintang baru lahir" layar perak sedikitpun tidak mengecewakan.Penghayatan yang dibawa menggambarkan seolah-olah watak Tunku dan Dato'Onn yang dimainkan sangat hidup."Loghat" utara yang dibawa oleh watak Tunku sepanjang penceritaan menjadikan generasi muda kini akan lebih mengenali karektor sebenar bapa kemerdekaan itu dengan lebih dekat.


6.Cuma beberapa babak yang membabitkan isu cinta tiga segi antara Normala,Zahari dan Rhozan dirasakan tidak perlu kerana penonton yang sedang menghayati perjuangan UMNO sepanjang penceritaan,terganggu.Bagaimanapun,satu babak yang sebenarnya akan membuatkan penonton turut mengalirkan air mata ialah peristiwa dimana sokongan padu yang diberikan oleh semua orang melayu yang menyokong perjuangan Tunku,menyerahkan gelang,duit dan segala harta yang mereka ada untuk memastikan supaya Tunku serta rombongan perikatan dapat berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.Dalam babak tersebut,Tunku yang menangis teresak-esak terpaksa ditenteramkan oleh orang-orang kanannya yang turut berada di atas pentas semasa mereka berkumpul untuk memberitahu tentang perancangan perikatan untuk rombongan kemerdekaan.


7.Apapun,filem 1957 hati malaya berjaya membawa penonton memahami lebih tepat lagi apa yang berlaku sepanjang perjuangan Tunku dan Dato'Onn berusaha menuntut kemerdekaan negara.MALAYSIA BOLEH!!.


Tahniah juga kepada semua warga Pesona Pictutes.

Thursday, October 25, 2007

AMan Malaysia.


1.Suasana aman di Taman Tasik dari atas bangunan sekolah menengah sangat mendamaikan:Waktu itu pagi.
Awan yang putih kebiruan dengan gigit-gigit udara nyaman yang menghentam pipi,warna hijau pokok-pokok yang berdiri bagai hidup memandang perangai manusia waktu pagi,baur-baur bumi dari tanah lembab selepas waktu pagi-pagi lagi hujan,rutin manusia kehulu hilir pagi-pagi sekitar jam 8 dan rutin kenderaan-kenderaan pagi yang ke satu destinasi tempat kerja,burung-burung terbang bawa suara-suara berita sekali,mengejutkan pula suasana-suasana pagi kerja-kerja sang gagak,sang pipit(aktiviti makhluk lain Allah).
Malaysia sangat aman dan sangat aman,aman dan aman!! Sangat aman!!.Itu luahan gelojak dalam hati yang teramat bersyukur dikurniakan sebuah negara yang aman damai.Suasana tadi dirakam oleh ingatan dari penglihatan mata waktu pagi-pagi pada Khamis,25 Oktober 2007 jam10.10 minit pagi dari tingkat atas sekali bangunan sekolah.Malaysia sememangnya dikurniakan kenikmatan yang tidak ternilai.


3.Malaysia di Asia Tenggara.Kita pula baru menyambut kejayaan angkasawan sulung negara dengan bangga.Tanpa pertumpahan darah,pergaduhan puak-puak,Cuma perlakuan jenayah yang tidak dapat dielak.Di semua negara maju,mundurpun berlaku.Kehidupan di negara Malaysia waktu hari-hari tanpa sebarang ancaman bom dan keganasan,atau bencana alam yang membimbangkan.Sekali berlaku,kita ini manusia yang tidak dapat melawan kuasa Allah.Kehidupan di negara Malaysia yang berbilang kaum.Melayu,India,cina,saling bersatu,hormat dan hormat budaya masing-masing.Hidup dalam suasana kasih-sayang sesama rakyat serumpun dan kita harus terus menanam sifat menyayangi kaum-kaum lain yang utama di Malaysia.Juga memberi sedikit laluan kepada rumpun pendatang asing mencari nasib di bumi Malaya.Jangan bagi muka sangat kerana mereka bangsa yang tidak pernah faham kita.


4. “Sayang India,melayu,cina dan kita jadi bergabung.Dalam satu rumpun iaitu bangsa Malaysia-lah kita berpayung dan berbumbung.Pelawat-pelawat atau pelancong pun jadi suka keamanan negara ini,pujian melambung.Tahun Melawat Malaysia yang rancak,tahun akan datang ialah penghujung.Jadi bila mereka semua pulang,harapan semua rakyatpun,Malaysia tetap menjadi persinggahan cucu cicit mereka.Hanya sebagai pelancong!!.Bukan kerana nak memancung,daulat kita yang kita sendiri harus sanjung.Sanjung dan terus junjung.Supaya kita kekal sebagai negara aman yang tiada penghujung”.
Tulisan saya ini rancak seperti berpantun,kerana saya-lah antara rakyat yang sangat bersyukur dan gembira kerana Malaysia ini sangat aman.


5.Selepas yang berlaku dalam dunia global kini,saya bimbang sangat-sangat.Kemerdekaan negara selepas 50 tahun berjaya,takut diulang jajah.Kerana kita negara islam yang sentiasa dicemburui Kafir laknat.


6.‘Wahai semua rakyat-rakyat saya,saya amat cinta akan perpaduan.Semaikan rasa cinta terhadap kita sesama bangsa yang berlainan warna kulit dan agama,budaya.Untuk amalan ini akan mewujudkan Malaysia yang berpanjangan harmoni.Hentikan unsur-unsur perkauman antara anak-anak muda yang masih belum faham tentang perpaduan kaum.Teruskan menyokong perjuangan beliau walau sudah tiada.Kerana dialah-pahlawan Dato’Onn b Jaafar yang mengasas perpaduan sehingga mencapai kemerdekaan sepenuhnya.Ingat dan simpan dalam jiwa semua rumpun bangsa Malaysia’ :-
‘Bersatulah kita sepertimana kita tidak pernah bersatu dahulu’
‘Dan berusahalah kita sepertimana kita tidak pernah berusaha dahulu’
:Dato’Onn Jaafar…


“Ya Allah ya tuhanku.Dikau-lah tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.Maha menentukan nasib hamba-hambamu ya Allah.Tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani,yang mencipta sekalian alam,dan kami hambamu yang lemah sentiasa bermohon perlindungan darimu ya Allah.Hindarkan dan jauhkanlah negara kami,Malaysia ini dari sebarang malapetaka,bencana dan maksiat.Jadikan kami bangsa yang sentiasa bersatu padu,sayang menyayangi dan hidup dalam keadaan damai.Satu padukan-lah hati kami ya Allah,supaya kami terus menjadi hambamu yang hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni.Semaikan rasa cinta kami sesama manusia ya Allah.Kerana sesungguhnya,kepadamu sahaja kami sujud,sembah dan kepadamu sahaja kami bermohon pertolongan…amin….”

PUisi UNtuk PEndatang…

Kuih pau makanan cina
Bahulu tradisi melayu
India suka muruku
Tapi ‘indon’,
Tak tahu apa yang dia mahu.

Shiekh Muzsaphar angkasawan melayu
Da terbang tinggi:kita da maju
‘Indon’ tak mahu kita terdahulu
Ketok Malaysia
Sebab cemburu…

Penulis bukanlah hendak meluahkan rasa benci,tetapi wahai semua rakyat Indonesia yang terhormat,hentikanlah sifat prajudis anda terhadap kami Malaysia ini.Kita serumpun dalam satu unit Asia dan kita berjiran.Tak perlulah anda menanam sifat benci terhadap kami.Kalau kami benci,kami da halau anda semua yang bekerja di sini lama da.Kami tahu anda banyak menyumbang kepada pembangunan negara kami tetapi janganlah kerana perkara yang teramatlah kecil seperti lagu rasa saying hey itu,kita bergaduh…Bukan-kah kami rakyat Malaysia juga bersusur galur daripada bangsa kamu juga?? Kita perlu berkongsi…sekian untuk semua rakyat Indonesia terutama pihak media mereka,jangan gunakan saluran kewartawanan anda sebagai saluran untuk mengapi-apikan rakyat anda…Jadilah bangsa yang matang.Terima Kasih.
‘kita saudara,kita serumpun,go Malaysia!,go Indonesia!’

Wednesday, October 24, 2007

KEpulangan Dr.Sheikh MUszaphar.


1.MIsi PErtama SElesai…

Misi 11 hari angkaswan pertama negara,Dr.Sheikh Muzsaphar Shukor Sheikh Mustapha di Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) telah berjaya sepenuhnya.Kerajaan Malaysia dan rakyat serumpunnya turut berbangga terhadap pencapaian negara dalam merintis program angkasawan pertama Malaysia.Angkasawan Malaysia yang pertama itu selamat tiba ke bumi selepas 11 hari di ISS pada jam 2.37 petang waktu tempatan(6.37 petang waktu Malaysia) di Arkylk,Kazakhstan bersama dua angkasawan Russia iaitu,Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang telah tinggal di ISS enam bulan lalu sebagai kru ekspidisi yang ke 15 ke sana.Dr.Sheikh Muzsaphar dan dua angkasawan lagi telah selamat dikeluarkan dari kapsul Soyuz TMA-10 walaupun pendaratan dikatakan tersasar hampir 400 hingga 500 km dari tapak sasaran.Soyuz telah mendarat di sebuah kawasan gurun di Kazakhstan dalam cuaca terang selepas tiga jam 23 minit meninggalkan ISS.Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan kecemasan di tapak pendaratan,dua jam kemudian,ketiga-tiga kru dibawa ke Kustanai,sebuah bandar di sempadan Kazahkstan-Russia.Mereka diterbangkan 1,500km ke lapangan terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City dan kemudian disambut oleh Timbalan perdana menteri Malaysia,Datuk Sri Najib Tun Razak bersama isteri,Datin Sri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam(12.15 tengah malam waktu Malaysia).

2.SEmangat MAlaysia BAru…

Bermula dari misi perlepasan terbang ke angkasa,sehinggalah misi perlepasan pulang ke bumi,rakyat Malaysia pertama ke ISS,Dr Shiekh Muzsaphar Shukor Shiekh Mustaphar,kini menjadi ikon ramai pemuda-pemuda dan anak-anak dara sunti Malaya.Mereka yang lebih tepat dikelaskan sebagai rakyat Malaysia yang menjadi sasaran pembangunan modal insan,kini menjadikan Dr.Shiekh Muzsaphar sebagai pendorong kejayaan mereka yang mendatang.Menerokai bidang sains angkasa masih awal,ibarat baru lahir di negara ini walaupun rakyat Russia telah melahirkan beribu angkasawan sejak 50 tahun lalu yang telah berjaya menawan angkasa.Walau kita ini diibaratkan sebuah negara yang banyak menang suara atau seorang remaja yang sedang berusaha menuju alam dewasa yang berjaya,sememangnya kejayaan Dr.Shiekh Muzsaphar ke ISS sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.Tidak ketinggalan juga,calon yang dijangka berlepas ke ISS sekitar awal 2011 bagi melaksanakan misi kedua negara iaitu Mejar Dr.Faiz Khalid yang kini sedang menjalani latihan di Moscow,sebagai persediaan untuk tempoh beberapa tahun mendatang sebelum berlepas sebagai angkasawan kedua Malaysia ke ISS.Kejayaan kedua-dua angkasawan ini telah membawa Malaysia di mata dunia dan kita sebagai rakyat yang terus menyokong misi kerajaan ini,haruslah mengambil peluang atau modal berharga ini sebagai usaha untuk mengukir banyak lagi jasa-jasa berharga yang dapat disumbangkan kepada kemajuan negara.MALAYSIA BOLEHH!!!

Bersandarkan impian untuk menjadi sebuah negara bangsa yang maju,Malaysia kini mula menyedari bahawa penerokaan bidang sains angkasa akan memberi kesan kepada kemajuan negara dengan ketara.Kemajuan yang akan berlaku hasil penerokaan bidang tersebut juga dibuktikan antara negara-negara maju termasuk Russia yang membangunkan teknologi angkasa mereka sendiri selain Amerika.

Kejayaan dalam melahirkan sebuah negara bangsa yang maju dalam bidang sains untuk Malaysia,menerusi usaha kerajaan yang telah menganjurkan program angkasawan negara sejak 2003,dapat dibuktikan apabila perlaksanaannya berjaya sehingga misi pendaratan pulang angkasawan kita ke bumi selepas 11 hari menjalankan penyelidikan sains di Stesen angkasa antarabangsa.Menerusi kejayaan tersebut,semua rakyat Malaysia menjadi bersemangat untuk mengikut jejak langkah dua angkasawan sulung negara tersebut.

Terutama bagi mereka golongan muda belia yang akan menerajui negara,semangat baru telah lahir sebagai motivasi mereka untuk mencapai kejayaan tersendiri.Suasana buat masa kini juga menjadi semarak dengan terasanya bahang semangat baru tersebut yang mula berasap dalam jiwa belia negara.Rakyat Malaysia amnya perlu segera ambil kesempatan yang melanda semasa ini untuk terus bangun dengan dorongan agar kita dapat mencapai matlamat sebagai bangsa maju dan dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain di luar sana.Penulis berpendapat bahawa negara kita sebenarnya masih muda dan perlu mengharungi lebih banyak pengalaman untuk menjadikan kita sebuah negara yang dewasa.Kemerdekaan negara yang dicapai sehingga ke hari ini adalah hasil perjuangan perwira-perwira bangsa Malaysia sebelum ini seperti Dato’Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.Jasa mereka sangat disanjung tinggi tetapi beza yang wujud dalam erti kata ‘Hidupkanlah perjuangan’,untuk negara dan bangsa ialah,pertama,


-kemerdekaan yang diinginkan melalui pengalaman kesengsaraan dijajah dan
-kedua,berusaha bersungguh-sungguh dalam memajukan negara semasa hidup senang tanpa penjajah sebagai perjuangan selepas merdeka.


Ini bermakna,kita perlu terus dan terus lagi bangun,berusaha memajukan bangsa dan negara kita bersama kaum serumpun dalam keadaan apa jua sekalipun.Kekuatan program angkasawan negara yang diusahakan kerajaan ini pula merupakan modal kepada kita semua untuk mengambil pedoman daripada kejayaan perlaksanaannya.Dengan kejayaan program tersebut,majoriti rakyat Malaysia akan:

1.Menjadikan kejayaan tersebut sebagai motivasi dan semangat untuk mereka terus mencipta idea-idea atau ciptaan baru.
-Mereka yang diransang pemikiran matang yang bersumberkan kejayaan angkasawan pertama negara akan menjadikan mereka dapat befikir lebih jauh dan dapat mewujudkan daya inovatif dan produktif dalam diri mereka.Akan wujud fahaman bahawa tidak mustahil bagi mereka untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu dan berguna kerana rakyat kita telah membuktikan kejayaan meneroka angkasa.

2.Tidak lagi duduk diam dan terus bekerja menghasilkan kualiti.
-Rakyat kita yang baru sahaja dikejutkan dengan kejayaan angkasawan pertama negara akan menjadi lebih rajin dan tidak mahu lagi duduk diam atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana mereka bulat-bulat akan tertinggal jauh kebelakang sedangkan orang lain yang serumpun sedang berusaha memajukan diri disamping berusaha mencipta teknologi-teknologi sains sendiri.

3.Membangkitkan semangat nasionalisme,patriotik dan cinta akan negara.
-Cara yang telah dilakukan Dr Sheikh Muzsaphar untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang patriotik ialah dengan mengibarkan jalur gemilang di belakangnya sebagai latar bagi litas lansungnya dengan rakyat Malaysia di bumi semasa berada di ISS.Cara tersebut sebenarnya telah memberi seribu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia yang menonton lintas langsung tersebut kerana kita telah membuktikan bahawa Jalur gemilang pernah sampai di angkasa.Merakam kenangan tersebut walau seketika melalui anak mata,semua rakyat Malaysia menjadi lebih sayang dan cinta akan negara dan ini akan dapat melahirkan rakyat yang sanggup lakukan apa saja demi negara dan menghasilkan sesuatu untuk kebanggaan bersama.

4.Menjadikan Malaysia mempunyai minda bangsa kelas pertama.
-Hasil gabungan di atas,semua itu akan menjadikan rakyat kita dapat berfikir lebih jauh,maju,inovatif,produktif dan matang.Memandangkan bidang sains kini semakin melatar tumbuhnya di negara ini,rakyat juga akan mengikuti perkembangannya dan lama-kelamaan,minda kita akan dipengaruhi oleh idea-idea membangunkan negara melalui bidang sains.Dan akhirnya akan melaksanakan misi nasional Malaysia maju tahun 2020.
Marilah semua bangkit dan ambil peluang terhadap kejayaan yang dicapai angkasawan pertama Malaysia untuk menjadikannya sebagai motivasi dan semangat baru Malaysia membangunkan negara ini dengan berkesan bersama usaha kerajaan.Jangan hanya berbangga kerana Dr.Shiekh Muzsaphar merupakan seorang jejaka yang kacak…sekian.

Thursday, October 11, 2007

FILem 1957-HAti MAlaya


Sinopsis Filem...
Semangat Merdeka - Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan kielbasa yang diwarisi - dengan berpegang kepada intergriti Negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957 - Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - Rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Kahayan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan. Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

Kategori :Filem Cereka
Bahasa :Bahasa Melayu
Genre :Sejarah
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :25 Oktober 2007
Audio :Dolby
Format :35mm


INFO FILEM:

Syarikat Penerbitan
Pesona Pictures

Pengarah Shuhaimi Baba

PenulisShuhaimi Baba
(Lakon layar)


Pelakon:
Maya Karin: Salmi / Normala (Pelakon Utama)

Rusdi Ramli: Hali / Azahari (Pelakon Utama)

Mohd Kamarulzaman : Tunku Abdul Rahman (Pelakon Utama)

Zaefrul Nadzarine Nordin): Datuk Onn (Pelakon Pembantu)

Noor Azhar Murad: Tun Razak (Pelakon Pembantu)

Nanu: Datin Sharifah Rodziah (Pelakon Pembantu)

Megat Sharizal: Tun Ismail (Pelakon Pembantu)

Sharifah Amani: Ani / Aishah (Pelakon Pembantu)

Bront: Muzafar (Pelakon Pembantu)

Adlin Aman Ramlie: Rafik / Rozhan (Pelakon Pembantu)

Liza Othman: Ibu Zain (Pelakon Pembantu)

Kee Thuan Chye: Tun Tan Cheng Lock (Pelakon Pembantu)

Chew Kin Wah : Tun H S Lee (Pelakon Pembantu)

Chacko Vadaketh: EEC Thuraisingam (Pelakon Pembantu)

Megat Sharizal: Tun Dr Ismail (Pelakon Pembantu)


MAlaysia DI ANgkasa...


Tahniah kepada angkasawan sulung negara,Dr Sheikh Muszapfar Shukor yang telah berjaya mengahrumkan nama negara dan menaikkan semangat semua rakyat Malaysia...
Kejayaan beliau merupakan sejarah sulung negara dalam penerokaan angkasa oleh bangsa melayu dan seluruh rakyat Malaysia yang sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan...
Dasar kerajaan sememangnya telah berjaya membuatkan hati seluruh Malaya besemangat maju dan terus kehadapan....
Syabas juga kepada kerajaan Malaysia yang telah berjaya menjayakan misi nasional ini dengan jaya dan gahnya.
Kepada Dr Sheikh Muszapfar dan Kapten Dr Faiz,selamat mengharumkan nama Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.....


1.Program Angkasawan Negara...

Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.
Pengarah Program Angkasawan Negara ialah Kolonel Dr Zulkifly Yusoff.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menginap di Hotel Cosmonaut, Baikonour, Kazakhstan.Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi memastikan mereka cepat menyesuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan
Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari Jumaat 5 Oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam.


2.Kos pembiayaan.....

Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia.
Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri. [1] Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru berpandu atau roket nuklear.


3.Faedah program....

Program itu memenuhi hasrat dan pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Program ini akan menjadi pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah.
Dua angkasawan ini , Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menjadi 'duta angkasa' , menjelajah ke sekolah-sekolah apabila misi mereka berjaya.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mosti) dapat menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara.
Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains dan teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan. Di universiti mesti ada saintis, berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa.
Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.


Program Angkasawan ini dianggap membazir berbanding dengan keuntungan pihak Russia yang dapat menjual 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM .
NASA tidak mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan, tetapi sebagai peserta penerbangan angkasa sahaja atau spaceflight participant. Tanpa pengiktirafan ini, imej dan kredibiliti angkasawan pertama Malaysia mungkin terjejas. Russia menggunakan istilah kosmonaut , bukan astronout.


Lipatan Sejarah:
Dr Sheikh Muszaphar Shukor
10 oktober 2007
9:21 pm
Baikonour,Khazakstan