Saturday, October 27, 2007

PErjuangan TUnku dan Onn.


Perjuangan Tunku dan Dato'Onn menuntut kemerdekaan diceritakan dalam filem 1957 Hati Malaya yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.


1.Perjuangan yang bermula daripada bangkitnya semangat bersatu padu yang digesa Dato'Onn terhadap semua kaum di tanah melayu berakhir dengan kejayaan teraju UMNO selepas Dato'Onn merajuk dan meninggalkan parti,iaitu Tunku Abdul Rahman.


2.Tunku diminta menggantikan kerusi Dato'Onn sebagai Yang Dipertua UMNO selepas Dato'Onn merajuk kerana dituduh oleh orang-orang melayu sebagai pengkhianat perjuangan parti.Dalam filem ini,diceritakan bahawa beliau telah dua kali merajuk sehingga keputusan kedua terakhirnya itu diterima oleh semua penyokongnya walaupun terpaksa.


3.Perjuangan UMNO telah terbahagi kepada dua kumpulan.Sebelah pihak menyokong Tunku dan sebelah pihak lagi menjadi penyokong setia pengasas parti iaitu Dato'Onn.Tunku telah mengalami kebangkitan semula apabila dia mula berjaya mengambil hati semua kaum di Tanah Melayu untuk menyokong parti perikatan atas dasar berusaha untuk berkerajaan sendiri.Semua rakyat Tanah Melayu akhirnya bergabung dalam perikatan dan memenangi pilihan raya dan seterusnya berusaha bersama perjuangan Tunku dan angkatan parti perikatan ke London menuntut kemerdekaan.

Perjuangan Tunku dan Dato'Onn diceritakan melalui filem ini dengan banyak fakta-fakta yang ramai tidak ketahui sebelum ini ataupun fakta tersebut tidak terdapat di dalam buku-buku teks sejarah sekolah.Filem ini boleh dijadikan rujukan oleh semua pelajar yang ingin mengetahui lebih mendalam lagi bagaimana perjuangan dua tokoh ini bermula sehingga berjaya.


4.Walaupun filem ini tidak ditayangkan semasa bulan kemerdekaan,masih mampu membuatkan penulis basah mata dari awal permulaan penceritaan sehingga penghujung filem.Amat bersemangat apabila kita seperti mengalami sendiri perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu kita dahulu yang berjuang.Telah menjadikan diri si penulis kini lebih cintakan negara dan patriotik.


5.Watak Tunku dan Dato'Onn yang dibawa oleh dua "bintang baru lahir" layar perak sedikitpun tidak mengecewakan.Penghayatan yang dibawa menggambarkan seolah-olah watak Tunku dan Dato'Onn yang dimainkan sangat hidup."Loghat" utara yang dibawa oleh watak Tunku sepanjang penceritaan menjadikan generasi muda kini akan lebih mengenali karektor sebenar bapa kemerdekaan itu dengan lebih dekat.


6.Cuma beberapa babak yang membabitkan isu cinta tiga segi antara Normala,Zahari dan Rhozan dirasakan tidak perlu kerana penonton yang sedang menghayati perjuangan UMNO sepanjang penceritaan,terganggu.Bagaimanapun,satu babak yang sebenarnya akan membuatkan penonton turut mengalirkan air mata ialah peristiwa dimana sokongan padu yang diberikan oleh semua orang melayu yang menyokong perjuangan Tunku,menyerahkan gelang,duit dan segala harta yang mereka ada untuk memastikan supaya Tunku serta rombongan perikatan dapat berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.Dalam babak tersebut,Tunku yang menangis teresak-esak terpaksa ditenteramkan oleh orang-orang kanannya yang turut berada di atas pentas semasa mereka berkumpul untuk memberitahu tentang perancangan perikatan untuk rombongan kemerdekaan.


7.Apapun,filem 1957 hati malaya berjaya membawa penonton memahami lebih tepat lagi apa yang berlaku sepanjang perjuangan Tunku dan Dato'Onn berusaha menuntut kemerdekaan negara.MALAYSIA BOLEH!!.


Tahniah juga kepada semua warga Pesona Pictutes.

1 comment:

Fahmi Reza said...

kalau kamu suka filem sejarah macam "1957 Hati Malaya", kamu pasti enjoy filem pendek "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka". Kamu boleh tonton secara percuma di youtube atau download dari laman blognya.

Dia cerita pasal sejarah perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya yang tak masuk dalam buku teks, yang dah mula 10 tahun sebelum merdeka!