Wednesday, October 24, 2007

KEpulangan Dr.Sheikh MUszaphar.


1.MIsi PErtama SElesai…

Misi 11 hari angkaswan pertama negara,Dr.Sheikh Muzsaphar Shukor Sheikh Mustapha di Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) telah berjaya sepenuhnya.Kerajaan Malaysia dan rakyat serumpunnya turut berbangga terhadap pencapaian negara dalam merintis program angkasawan pertama Malaysia.Angkasawan Malaysia yang pertama itu selamat tiba ke bumi selepas 11 hari di ISS pada jam 2.37 petang waktu tempatan(6.37 petang waktu Malaysia) di Arkylk,Kazakhstan bersama dua angkasawan Russia iaitu,Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang telah tinggal di ISS enam bulan lalu sebagai kru ekspidisi yang ke 15 ke sana.Dr.Sheikh Muzsaphar dan dua angkasawan lagi telah selamat dikeluarkan dari kapsul Soyuz TMA-10 walaupun pendaratan dikatakan tersasar hampir 400 hingga 500 km dari tapak sasaran.Soyuz telah mendarat di sebuah kawasan gurun di Kazakhstan dalam cuaca terang selepas tiga jam 23 minit meninggalkan ISS.Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan kecemasan di tapak pendaratan,dua jam kemudian,ketiga-tiga kru dibawa ke Kustanai,sebuah bandar di sempadan Kazahkstan-Russia.Mereka diterbangkan 1,500km ke lapangan terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City dan kemudian disambut oleh Timbalan perdana menteri Malaysia,Datuk Sri Najib Tun Razak bersama isteri,Datin Sri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam(12.15 tengah malam waktu Malaysia).

2.SEmangat MAlaysia BAru…

Bermula dari misi perlepasan terbang ke angkasa,sehinggalah misi perlepasan pulang ke bumi,rakyat Malaysia pertama ke ISS,Dr Shiekh Muzsaphar Shukor Shiekh Mustaphar,kini menjadi ikon ramai pemuda-pemuda dan anak-anak dara sunti Malaya.Mereka yang lebih tepat dikelaskan sebagai rakyat Malaysia yang menjadi sasaran pembangunan modal insan,kini menjadikan Dr.Shiekh Muzsaphar sebagai pendorong kejayaan mereka yang mendatang.Menerokai bidang sains angkasa masih awal,ibarat baru lahir di negara ini walaupun rakyat Russia telah melahirkan beribu angkasawan sejak 50 tahun lalu yang telah berjaya menawan angkasa.Walau kita ini diibaratkan sebuah negara yang banyak menang suara atau seorang remaja yang sedang berusaha menuju alam dewasa yang berjaya,sememangnya kejayaan Dr.Shiekh Muzsaphar ke ISS sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.Tidak ketinggalan juga,calon yang dijangka berlepas ke ISS sekitar awal 2011 bagi melaksanakan misi kedua negara iaitu Mejar Dr.Faiz Khalid yang kini sedang menjalani latihan di Moscow,sebagai persediaan untuk tempoh beberapa tahun mendatang sebelum berlepas sebagai angkasawan kedua Malaysia ke ISS.Kejayaan kedua-dua angkasawan ini telah membawa Malaysia di mata dunia dan kita sebagai rakyat yang terus menyokong misi kerajaan ini,haruslah mengambil peluang atau modal berharga ini sebagai usaha untuk mengukir banyak lagi jasa-jasa berharga yang dapat disumbangkan kepada kemajuan negara.MALAYSIA BOLEHH!!!

Bersandarkan impian untuk menjadi sebuah negara bangsa yang maju,Malaysia kini mula menyedari bahawa penerokaan bidang sains angkasa akan memberi kesan kepada kemajuan negara dengan ketara.Kemajuan yang akan berlaku hasil penerokaan bidang tersebut juga dibuktikan antara negara-negara maju termasuk Russia yang membangunkan teknologi angkasa mereka sendiri selain Amerika.

Kejayaan dalam melahirkan sebuah negara bangsa yang maju dalam bidang sains untuk Malaysia,menerusi usaha kerajaan yang telah menganjurkan program angkasawan negara sejak 2003,dapat dibuktikan apabila perlaksanaannya berjaya sehingga misi pendaratan pulang angkasawan kita ke bumi selepas 11 hari menjalankan penyelidikan sains di Stesen angkasa antarabangsa.Menerusi kejayaan tersebut,semua rakyat Malaysia menjadi bersemangat untuk mengikut jejak langkah dua angkasawan sulung negara tersebut.

Terutama bagi mereka golongan muda belia yang akan menerajui negara,semangat baru telah lahir sebagai motivasi mereka untuk mencapai kejayaan tersendiri.Suasana buat masa kini juga menjadi semarak dengan terasanya bahang semangat baru tersebut yang mula berasap dalam jiwa belia negara.Rakyat Malaysia amnya perlu segera ambil kesempatan yang melanda semasa ini untuk terus bangun dengan dorongan agar kita dapat mencapai matlamat sebagai bangsa maju dan dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain di luar sana.Penulis berpendapat bahawa negara kita sebenarnya masih muda dan perlu mengharungi lebih banyak pengalaman untuk menjadikan kita sebuah negara yang dewasa.Kemerdekaan negara yang dicapai sehingga ke hari ini adalah hasil perjuangan perwira-perwira bangsa Malaysia sebelum ini seperti Dato’Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.Jasa mereka sangat disanjung tinggi tetapi beza yang wujud dalam erti kata ‘Hidupkanlah perjuangan’,untuk negara dan bangsa ialah,pertama,


-kemerdekaan yang diinginkan melalui pengalaman kesengsaraan dijajah dan
-kedua,berusaha bersungguh-sungguh dalam memajukan negara semasa hidup senang tanpa penjajah sebagai perjuangan selepas merdeka.


Ini bermakna,kita perlu terus dan terus lagi bangun,berusaha memajukan bangsa dan negara kita bersama kaum serumpun dalam keadaan apa jua sekalipun.Kekuatan program angkasawan negara yang diusahakan kerajaan ini pula merupakan modal kepada kita semua untuk mengambil pedoman daripada kejayaan perlaksanaannya.Dengan kejayaan program tersebut,majoriti rakyat Malaysia akan:

1.Menjadikan kejayaan tersebut sebagai motivasi dan semangat untuk mereka terus mencipta idea-idea atau ciptaan baru.
-Mereka yang diransang pemikiran matang yang bersumberkan kejayaan angkasawan pertama negara akan menjadikan mereka dapat befikir lebih jauh dan dapat mewujudkan daya inovatif dan produktif dalam diri mereka.Akan wujud fahaman bahawa tidak mustahil bagi mereka untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu dan berguna kerana rakyat kita telah membuktikan kejayaan meneroka angkasa.

2.Tidak lagi duduk diam dan terus bekerja menghasilkan kualiti.
-Rakyat kita yang baru sahaja dikejutkan dengan kejayaan angkasawan pertama negara akan menjadi lebih rajin dan tidak mahu lagi duduk diam atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana mereka bulat-bulat akan tertinggal jauh kebelakang sedangkan orang lain yang serumpun sedang berusaha memajukan diri disamping berusaha mencipta teknologi-teknologi sains sendiri.

3.Membangkitkan semangat nasionalisme,patriotik dan cinta akan negara.
-Cara yang telah dilakukan Dr Sheikh Muzsaphar untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang patriotik ialah dengan mengibarkan jalur gemilang di belakangnya sebagai latar bagi litas lansungnya dengan rakyat Malaysia di bumi semasa berada di ISS.Cara tersebut sebenarnya telah memberi seribu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia yang menonton lintas langsung tersebut kerana kita telah membuktikan bahawa Jalur gemilang pernah sampai di angkasa.Merakam kenangan tersebut walau seketika melalui anak mata,semua rakyat Malaysia menjadi lebih sayang dan cinta akan negara dan ini akan dapat melahirkan rakyat yang sanggup lakukan apa saja demi negara dan menghasilkan sesuatu untuk kebanggaan bersama.

4.Menjadikan Malaysia mempunyai minda bangsa kelas pertama.
-Hasil gabungan di atas,semua itu akan menjadikan rakyat kita dapat berfikir lebih jauh,maju,inovatif,produktif dan matang.Memandangkan bidang sains kini semakin melatar tumbuhnya di negara ini,rakyat juga akan mengikuti perkembangannya dan lama-kelamaan,minda kita akan dipengaruhi oleh idea-idea membangunkan negara melalui bidang sains.Dan akhirnya akan melaksanakan misi nasional Malaysia maju tahun 2020.
Marilah semua bangkit dan ambil peluang terhadap kejayaan yang dicapai angkasawan pertama Malaysia untuk menjadikannya sebagai motivasi dan semangat baru Malaysia membangunkan negara ini dengan berkesan bersama usaha kerajaan.Jangan hanya berbangga kerana Dr.Shiekh Muzsaphar merupakan seorang jejaka yang kacak…sekian.

No comments: